Hidup adalah satu ujian
Setiap kesukaran yang dihadapi dengan tabah
Akan melayakkan diri untuk semakin hampir kepada Allah swt
“ dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah:155)
Adakah bilamana sukar untuk mengikut arahan Allah swt
Maka kita akan mengalah dan menjauhkan diri dari jalan Allah swt
“ dan apabila manusia ditimpa bahaya Dia berdoa kepada Kami dalam Keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, Dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah Dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.”(Yunus:12)
Seeloknya bilamana kita menghadapi sesuatu kesulitan
Maka segala usaha untuk mengatasi kesulitan tersebut hendaklah digabungkan dengan doa serta tawakal kepada Allah swt
(Al-Baqarah, 2:214): “Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) seperti (yang dialami) orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, “Kapankah datang pertolongan Allah?”. Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.”
(At-Taubah, 9:16) : “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan (begitu saja), padahal Allah belum mengetahui orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil teman yang setia selain Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman. Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan.”
(Al-Imran, 3;142) : “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang –orang yang berjihad diantara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar”
(Al-ankabut, 29:2) : “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak akan diuji?
Setiap kesabaran dan tawakal yang bulat kepada Allah swt
Pasti akan ada ganjaran yang tidak ternilai harganya
(At-Talaq, 65:3): “dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.”
Dalam menangani kesulitan
Wajib bagi setiap diri muslim untuk memilih jalan yang islamik
Maknanya jalan Islam itu wajib diguna pakai bagi setiap tempat dan situasi
Tidak boleh bertukar-tukar jalan, sekejap Islam dan sekejap tidak
Dikhuatiri dosa meninggalkan jalan Islam itu tidak terampun
Lebih buruk kalau mati bukan diatas jalan Islam
Nauzubillah..
Tatkala wafatnya Rasululah saw, Abu Bakar ra telah bangkit dihadapan sekalian sahabat dan berkata dengan tegas:
" Wahai sekalian manusia! Sesiapa dikalangan kamu yang menyembah Sayyidina Muhammad s.a.w maka sesungguhnya nabi Muhammad telah wafat dan sesiapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya Allah terus hidup dan tidak akan mati".
Selepas itu beliau membaca ayat 144 surah ali Imran yang bermaksud :
Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul. Sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul . Apakah jika baginda wafat atau dibunuh maka kamu akan berpaling tadah (murtad)?. Sesiapa yang berpaling tadah maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikit pun. Dan Allah akan memberi balasan kepada mereka yang bersyukur
.................................................................................................................................
Tegaklah manusia di jalan Allah swt
Usah khuatir dan bersedih apabila seruan tidak diendahkan
Bertegaslah dengan memilih jalan Islam tatkala wajib memilih diantara dua
Firman Allah dalam ayat 128 dan 129 surah at-Taubah yang bermaksud:
Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah : "Cukuplah Allah bagiku, tiada tuhan selain Dia, hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arasy yang agung".
(Al-An’am,6:69): “Orang-orang yang bertakwa tidak ada tanggungjawab sedikit pun atas (dosa-dosa) mereka; tetapi (berkewajipan) mengingatkan agar mereka (juga) bertakwa.”
09 Januari 2009
Sabarlah sahabatku....
09.18
Keindahan